Pages

Tuesday, November 30, 2010

RXZ CATALYZER ITAM OREN

      Jentera Yamaha Catalyzer itam oren saya yang bernombor pendaftaran WTF 6205 telah di curi. Saya menyangka motor milik saya itu di curi oleh individu yang tidak di kenali dan tidak menyedari bahawa rakan saya yang ada bersama saya pada masa kejadian turut terlibat. Pada waktu kejadian saya sedang asyik main game zinga poker dan saya pada mulanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena, hal ini kerana rakan saya yang durjana itu selalunya tidak main sms ketika sedang asyik bermain poker dan tidak akan menghiraukan orang disekeliling ketika dia sedang bermain poker. Akan tetapi, beliau pada hari tersebut asyik bermain sms dan kerap mengalihkan perhatian saya. Setelah setengah jam bermain poker, saya keluar untuk menghisap rokok dan mendapati motor saya hilang. Saya tanpa berlengah lagi mengajak rakan saya mencari motor saya dan membuat aduan polis dibalai terdekat. Kawan saya menolak dan memberi seribu satu alasan dan menyuruh saya menggunakan motor beliau untuk mencari dan membuat aduan dibalai polis. Lantaran itu, Saya terus mencari, akan tetapi apakah daya bukan rezeki saya dan saya membuat aduan dibalai polis terdekat yaitu Balai Polis Bandar Baru Klang. Setelah beberapa hari selepas kejadian, saya meminta bantuan ustaz yang lebih arif supaya dapat memberi sedikit sebanyak petunjuk motor saya yang telah dicuri itu, ustaz itu mengatakan bahawa orang yang mencuri adalah rakan saya dan antara mereka ada yang bersama saya pada masa kejadian. Pada mulanya saya ambil ringan sahaja atas apa yang dikatakan ustaz tersebut. Akan tetapi, setelah beberapa hari selepas saya bertemu ustaz tersebut, seorang kenalan saya telah mendengar dari mulut yang rakan saya(pencuri motor saya) ketika mereka stim dan lalok kena heroin, si pencuri itu telah menceritakan segalanya tentang proses dan modus operandi mereka lakukan untuk mencuri motor saya, seorang tugasnya mengalihkan perhatian saya dan memberi sms sekiranya saya khayal, dan dua orang lagi mencuri motor saya (engkol). Saya terkejut dan tidak sangka bahawa kawan yang saya lepak dan bersama selama ini menikam belakang saya dan mencuri motor saya atas sebab dengki dan tidak puas hati, mereka mencuri motor saya adalah disebabkan saya tidak bagi mereka pinjam motor saya dan ketika set suka-suka motor saya selalu di depan. Saya melaporkan pada polis dan individu yang mendengar perbualan pencuri tersebut sanggup dan telah pown mengeluarkan kenyataan sebagai bukti dan saksi. Setelah itu semua suspek ditangkap dan disoal siasat, tetapi bukan rezeki saya kerana motor saya tidak Berjaya dijumpai atas sebab kekurangan bukti. Kejadian ini telah membuka mata saya dan mendewasakan saya lagi. Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati memilih kawan dan jangan terlampau percaya pada kawan.

3 comments:

  1. ko da tawu pencuri nye..,jd ko x panggil membe2 ko hentam die ke..? xsume kwn tu bole pkai.. da x bg pinjam, nk buat sial pulak.... WTF z baru tu...sape yg x suke barang baru .. len kali brhati2 k bro..

    ReplyDelete
  2. cyian lo bro...cba bg kat gua......

    ReplyDelete
  3. x pe dugaan lain kali manelah tau double r pulak kuar kan
    rezeki masing2 x pe

    ReplyDelete