Pages

Thursday, December 2, 2010

RIM SUKAN TERBAIK

 SPORTRIM KESUKAAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA


 KAWASAKI AR 125






 HARGA SEMASA RM2500+





 KAWASAKI AR80




 HARGA SEMASA 3000+
  


KAWASAKI GTO






HARGA SEMASA RM3500+ (terbaik untuk rxz)





KAWASAKI GTO CLASSIC




HARGA SEMASA RM 2500+





HONDA MBX 125




HARGA SEMASA RM1400+

Wednesday, December 1, 2010

YAMAHA RXZ UPGRADE to YAMAHA CATALYZER





       Setelah sebulan saya kehilangan motor Yamaha catalyzer hitam oren saya yang di curi oleh bekas rakan saya yang durjana lagi cilaka itu, saya telah mengambil keputusan dengan membeli motor secondhand dari tangan orang dengan harga yang berpatutan. Saya telah membeli sebijik Yamaha Rxz Second yang bernombor pendaftaran WDR 738*. Saya membeli motor tersebut dari kenalan saya yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya dengan harga rm 2500. Pada mulanya saya guna motor itu, keadaan motor itu amat menyedihkan kerana barang yang terdapat pada motor itu kebanyakannya local seperti coverset, lampu depan belakang dan lain-lain. Pada awalnya, Saya memulakan transformasi dengan menukar coverset dari purple local kepada coverset rxz hijau bosh original dan beberapa eksesori lain yang local kepada original seperti lampu belakang NARONG INDUSTRI dan lampu belakang IMASEN. Setelah itu, saya melakukan lagi transformasi dengan menukarkan eksesori rxz saya yang sedia ada kepada eksesori original catalyzer seperti fork , hendal, meter, arm, eksober , dan lain-lain. Setelah motor saya lengkap dengan eksesori catalyzer, saya membeli coverset original Catalyzer yang pertama untuk motor saya (WDR 738*) dari Hong Leong, coverset bewarna meron skala. Setelah beberapa minggu saya menggunakan coverset meron skala itu, saya menjual coverset tersebut dan membeli coverset merah putih original dari rakan seperjuangan saya atas sebab bosan dan meminati coverset kaler lame. Setelah sebulan saya menggunakan set merah putih, saya menjual coverset merah putih saya dengan harga yang agak tinggi berbanding coverset merun skala dan coverset baru yang lain. Saya berbuat demikian atas sebab saya meminati coverset biru first model yang ekor belakang warna grey, coverset biru grey jarang dilihat dan limited, saya akhirnya berjaya memiliki coverset catalyzer first model biru grey dengan memujuk dan menawarkan harga yang tinggi kepada tuan punya coverset tersebut. Akhirnya saya berpuas hati dan buat masa ini coverset ini tidak akan di tukar dan memang menjadi pujaan hati saya dan beberapa rakan saya yang lain.





Tuesday, November 30, 2010

RXZ CATALYZER ITAM OREN

      Jentera Yamaha Catalyzer itam oren saya yang bernombor pendaftaran WTF 6205 telah di curi. Saya menyangka motor milik saya itu di curi oleh individu yang tidak di kenali dan tidak menyedari bahawa rakan saya yang ada bersama saya pada masa kejadian turut terlibat. Pada waktu kejadian saya sedang asyik main game zinga poker dan saya pada mulanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena, hal ini kerana rakan saya yang durjana itu selalunya tidak main sms ketika sedang asyik bermain poker dan tidak akan menghiraukan orang disekeliling ketika dia sedang bermain poker. Akan tetapi, beliau pada hari tersebut asyik bermain sms dan kerap mengalihkan perhatian saya. Setelah setengah jam bermain poker, saya keluar untuk menghisap rokok dan mendapati motor saya hilang. Saya tanpa berlengah lagi mengajak rakan saya mencari motor saya dan membuat aduan polis dibalai terdekat. Kawan saya menolak dan memberi seribu satu alasan dan menyuruh saya menggunakan motor beliau untuk mencari dan membuat aduan dibalai polis. Lantaran itu, Saya terus mencari, akan tetapi apakah daya bukan rezeki saya dan saya membuat aduan dibalai polis terdekat yaitu Balai Polis Bandar Baru Klang. Setelah beberapa hari selepas kejadian, saya meminta bantuan ustaz yang lebih arif supaya dapat memberi sedikit sebanyak petunjuk motor saya yang telah dicuri itu, ustaz itu mengatakan bahawa orang yang mencuri adalah rakan saya dan antara mereka ada yang bersama saya pada masa kejadian. Pada mulanya saya ambil ringan sahaja atas apa yang dikatakan ustaz tersebut. Akan tetapi, setelah beberapa hari selepas saya bertemu ustaz tersebut, seorang kenalan saya telah mendengar dari mulut yang rakan saya(pencuri motor saya) ketika mereka stim dan lalok kena heroin, si pencuri itu telah menceritakan segalanya tentang proses dan modus operandi mereka lakukan untuk mencuri motor saya, seorang tugasnya mengalihkan perhatian saya dan memberi sms sekiranya saya khayal, dan dua orang lagi mencuri motor saya (engkol). Saya terkejut dan tidak sangka bahawa kawan yang saya lepak dan bersama selama ini menikam belakang saya dan mencuri motor saya atas sebab dengki dan tidak puas hati, mereka mencuri motor saya adalah disebabkan saya tidak bagi mereka pinjam motor saya dan ketika set suka-suka motor saya selalu di depan. Saya melaporkan pada polis dan individu yang mendengar perbualan pencuri tersebut sanggup dan telah pown mengeluarkan kenyataan sebagai bukti dan saksi. Setelah itu semua suspek ditangkap dan disoal siasat, tetapi bukan rezeki saya kerana motor saya tidak Berjaya dijumpai atas sebab kekurangan bukti. Kejadian ini telah membuka mata saya dan mendewasakan saya lagi. Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati memilih kawan dan jangan terlampau percaya pada kawan.

EVISU



kilang pertama evisu ialah di Osaka, Japan. Di bina pada tahun 1991. Kilang jeans itu ditubuhkan untuk menghasilkan jeans terbaik dan vintage. Pengasas dan pemilik kilang tersebut, Encik Yamane-San sebelum menjadi pengusaha kilang tersebut, beliau bermula dengan menjadi tukang jahit, akan tetapi beliau amat menyintai dan berminat dengan vintage jeans dan telah mengambil keputusan untuk membuka kilang menghasilkan jeans yaitu Evisu Jeans Factory. Pada permulaan, kilang beliau hanya menghasilkan beberapa jenis sahaja. Disebabkan permintaan yang tinggi dan perkembangan ekonomi perusahaan beliau, beliau telah mengeluarkan banyak jenis jeans lagi, jeans beliau amat menarik dan permintaan yang tinggi kerana beliau amat kreatif dengan menghasilkan jeans yang bercop atau bersulam yang mengandungi elemen-elemen semulajadi, abstrak dan lain-lain seperti ikan, harimau, dan lain-lain. Nama EVISU diambil sempena dengan nama dewa Jepun yang bermaksud kekayaan.Pada tahun 1999, beliau telah mengenalkan keluaran untuk wanita dan diberi nama Evisu Donna. Keluaran wanita itu adalah supaya kilang itu dapat menghasilkan jeans untuk kegunaan semua tak kira umur dan jantina. Pada tahun 1994 telah dilawati oleh usahawan yang bernama Peter Caplowe dan telah membantu menaikkan nama Evisu di seluruh dunia dengan menjadi rakan kongsi dan mengembangkan perniagaan mereka diseluruh dunia. Kini, di Jepun sahaja 25 kedai Evisu beroperasi dengan jayanya. Manakala 400 butik Evisu telah wujud di serata dunia dan beberapa kilang besar di negara seperti Paris dan lain-lain. Kini Evisu tidak asing lagi dimata dunia dan menjadi Jeans dan fenomena fesyen diseluruh dunia.Evisu telah menjadi pujaan dan kegilaan ramai di negara kita. Dan telah ramai kedai bundle telah mendapat pulangan yang lumayan hasil dari penjualan jeans evisu.

Monday, November 29, 2010

MAT REMPIT???

Mat rempit adalah gelaran ataupun panggilan daripada masyarakat ataupun individu yang berkenaan kepada remaja yaitu penunggang motorsikal .Pada pendapat sesetengah orang, mat rempit ialah penunggang motorsikal yang menunggang secara melulu dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Tetapi saya sendiri tidak tahu dari mana asalnya istilah rempit itu terhasil. Saya kadang-kadang menunggang motorsikal dan memandu kereta juga. Tetapi saya suka menunggang motorsikal disebabkan oleh beberapa faktor seperti jimat, mengelak kesesatan lalu lintas dan senang bergerak kemana yang ingin di tuju. Saya memiliki sebijik jentera Yamaha Catalyzer dan pernah ditahan oleh polis trafik ketika saya sedang berteduh dari hujan, saya di cop mat rempit oleh polis tersebut disebabkan saya menaiki motor Yamaha Catalyzer. WTF lah, takkan naik Catalyzer kena cop mat rempit, kerajaan suruh kilang Yamaha Hong Leong berhentikan keluaran Catalyzer lah kalau begitu pandangan orang ramai terhadap penunggang motor Yamaha catalyzer. Memang diakui jentera Yamaha ini berkelajuan tinggi dan menjadi kegilaan mat motor untuk kegunaan seperti keluar malam minggu, konvoi, fly (superman) dan sebagainya. Akan tetapi kebanyakan individu yang menaiki motor ini tidak bodoh dengan membahayakan nyawa individu lain dengan race dalam Bandar, kampung, perumahan dan sebagainya. Kebanyakan Individu ini menunggang secara laju di lebuhraya yang sunyi sepi dan seluas mata memandang pada waktu tiada pengguna lebuh raya yang lain supaya dapat melepaskan segala masalah duniawi yang dihadapi. Seperti anda juga, anda mempunyai pelbagai cara untuk menanangi masalah anda, seperti mendengar muzik, berenang, karaoke, dan sebagainya. Dengan cara menunggang dengan laju dapat melepaskan masalah bagi sesetengah individu. Terpulanglah pada individu tersebut selagi tak menyusahkan masyarakat, orang ramai dan kerajaan tak perlu lah kecoh sangat. Banyak lagi isu yang perlu kerajaan ketengahkan daripada isu mat motor seperti pelacuran, rasuah dan lain-lain. Sebenarnya penunggang motor yang meminati dunia permotoran bukan lah sehina yang disangka, hal ini kerana individu yang betol-betol meminati dunia permotoran adalah individu yang mementingkan style dan attitude diri. Hal ini terbukti kerana mat motor sanggop berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membeli helmet seperti  Arai, Shoei, Bell dan lain-lain. Selain itu, mereka juga mementingkan brand dan kualiti, seperti baju berjenama dan mahal, seperti contoh Armani Exchange, Quicksilver, Ed Hardy dan lain-lain. Terdapat banyak bukti lain yang menyokong kenyataan saya bahawa mat motor bukan seleceh yang disangka hal ini kerana property yang dimiliki oleh mat motor seperti sportrim, helmet, motor, dan lain-lain barang lagi mencecah  ribuan ringgit dan mat motor lagi MASYUK dari sesetengah mat kereta. Oleh demikian, pihak yang berkenaan perlu lah mendekati jiwa kami bukannya menghukum dengan fahaman bodoh mereka tentang kami dengan mengecop kami sebagai mat rempit. Macam Kerajaan lah, bukan semua pemimpin bagus, berdedikasi, berakhlak mulia, tidak mengamalkan rasuah, begitu juga kami tak perlu lah dihukum kami disebabkan oleh sesetengah individu yang melakukan jenayah menggunakan motor dan penunggang hingusan lagi bodoh yang kononnya gempak menunjukkan aksi yang macam bodoh dan meluatkan pada orang ramai.

Sejarah Rayban (BAUSH DAN LOMB) B&L


       
  •  Ray Ban  dicipta pada tahun 1937 oleh syarikat Baush and  Lomb.
  • Keluaran Ray ban yang menjadi idaman dan kegilaan Malaya ialah Ray Ban keluaran syarikat bausch and lomb yang bertempat di USA. (sekarang punya Made in Italy)
  • Bausch and Lomb adalah company pertama yang mendapat tender untuk bekalkan sunglasses kepada pilot kapal terbang di USA masa perang dunia kedua...
  • Selepas tu cermin mata ray ban menjadi benda yang perlu ada pada semua pilot.
  • General Macathur antara individu yang menaikkan Ray Ban. Kerana beliau merupakan seorang general askar yang terkenal dan sentiasa memakai  ray ban ketika perang. Beliau menjadi ikon pemakaian Ray Ban kepada askar pada zaman itu.
  • Selepas berlakunya perang,  Ray Ban tidak di lupakan  kerana ianya dah jadi ikon sukan olimpik,artis pun ada yang memakai ray ban, maka, style juga semakin banyak muncul di mana-mana sahaja. 
  • Sempena ulang tahun ke 50 Ray Ban keluaran Rayban General 50 1937-1987
  • Lens paling dikegemari rakyat malaysia ialah  Diamond Hard...polycarbonate lens pada Ray Ban Wings...frame paling digemari sejak 1970 Ray Ban Wayfarer...olimpik musim sejuk Ray Ban Cats 5000....lens untuk memburu dalam hutan Ambermatic.
  • Ray Ban mempunyai banyak koleksi dan telah melakukan banyak revolusi dengan mengeluarkan banyak model cermin mata. Antaranya ialah Shooter, Sharp Shooter, Wing, Daimond Hard, Cromax dan lain-lain.
  • Ray Ban keluaran Baush and Lomb USA mempunyai BL dibingkai dan cermin berbanding keluaran Rayban Italy mempunyai RB di bingkai dan cermin. seperti contoh diatas.