Pages

Tuesday, November 30, 2010

EVISU



kilang pertama evisu ialah di Osaka, Japan. Di bina pada tahun 1991. Kilang jeans itu ditubuhkan untuk menghasilkan jeans terbaik dan vintage. Pengasas dan pemilik kilang tersebut, Encik Yamane-San sebelum menjadi pengusaha kilang tersebut, beliau bermula dengan menjadi tukang jahit, akan tetapi beliau amat menyintai dan berminat dengan vintage jeans dan telah mengambil keputusan untuk membuka kilang menghasilkan jeans yaitu Evisu Jeans Factory. Pada permulaan, kilang beliau hanya menghasilkan beberapa jenis sahaja. Disebabkan permintaan yang tinggi dan perkembangan ekonomi perusahaan beliau, beliau telah mengeluarkan banyak jenis jeans lagi, jeans beliau amat menarik dan permintaan yang tinggi kerana beliau amat kreatif dengan menghasilkan jeans yang bercop atau bersulam yang mengandungi elemen-elemen semulajadi, abstrak dan lain-lain seperti ikan, harimau, dan lain-lain. Nama EVISU diambil sempena dengan nama dewa Jepun yang bermaksud kekayaan.Pada tahun 1999, beliau telah mengenalkan keluaran untuk wanita dan diberi nama Evisu Donna. Keluaran wanita itu adalah supaya kilang itu dapat menghasilkan jeans untuk kegunaan semua tak kira umur dan jantina. Pada tahun 1994 telah dilawati oleh usahawan yang bernama Peter Caplowe dan telah membantu menaikkan nama Evisu di seluruh dunia dengan menjadi rakan kongsi dan mengembangkan perniagaan mereka diseluruh dunia. Kini, di Jepun sahaja 25 kedai Evisu beroperasi dengan jayanya. Manakala 400 butik Evisu telah wujud di serata dunia dan beberapa kilang besar di negara seperti Paris dan lain-lain. Kini Evisu tidak asing lagi dimata dunia dan menjadi Jeans dan fenomena fesyen diseluruh dunia.Evisu telah menjadi pujaan dan kegilaan ramai di negara kita. Dan telah ramai kedai bundle telah mendapat pulangan yang lumayan hasil dari penjualan jeans evisu.

No comments:

Post a Comment