Monday, November 29, 2010
MAT REMPIT???
Mat rempit adalah gelaran ataupun panggilan daripada masyarakat ataupun individu yang berkenaan kepada remaja yaitu penunggang motorsikal .Pada pendapat sesetengah orang, mat rempit ialah penunggang motorsikal yang menunggang secara melulu dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Tetapi saya sendiri tidak tahu dari mana asalnya istilah rempit itu terhasil. Saya kadang-kadang menunggang motorsikal dan memandu kereta juga. Tetapi saya suka menunggang motorsikal disebabkan oleh beberapa faktor seperti jimat, mengelak kesesatan lalu lintas dan senang bergerak kemana yang ingin di tuju. Saya memiliki sebijik jentera Yamaha Catalyzer dan pernah ditahan oleh polis trafik ketika saya sedang berteduh dari hujan, saya di cop mat rempit oleh polis tersebut disebabkan saya menaiki motor Yamaha Catalyzer. WTF lah, takkan naik Catalyzer kena cop mat rempit, kerajaan suruh kilang Yamaha Hong Leong berhentikan keluaran Catalyzer lah kalau begitu pandangan orang ramai terhadap penunggang motor Yamaha catalyzer. Memang diakui jentera Yamaha ini berkelajuan tinggi dan menjadi kegilaan mat motor untuk kegunaan seperti keluar malam minggu, konvoi, fly (superman) dan sebagainya. Akan tetapi kebanyakan individu yang menaiki motor ini tidak bodoh dengan membahayakan nyawa individu lain dengan race dalam Bandar, kampung, perumahan dan sebagainya. Kebanyakan Individu ini menunggang secara laju di lebuhraya yang sunyi sepi dan seluas mata memandang pada waktu tiada pengguna lebuh raya yang lain supaya dapat melepaskan segala masalah duniawi yang dihadapi. Seperti anda juga, anda mempunyai pelbagai cara untuk menanangi masalah anda, seperti mendengar muzik, berenang, karaoke, dan sebagainya. Dengan cara menunggang dengan laju dapat melepaskan masalah bagi sesetengah individu. Terpulanglah pada individu tersebut selagi tak menyusahkan masyarakat, orang ramai dan kerajaan tak perlu lah kecoh sangat. Banyak lagi isu yang perlu kerajaan ketengahkan daripada isu mat motor seperti pelacuran, rasuah dan lain-lain. Sebenarnya penunggang motor yang meminati dunia permotoran bukan lah sehina yang disangka, hal ini kerana individu yang betol-betol meminati dunia permotoran adalah individu yang mementingkan style dan attitude diri. Hal ini terbukti kerana mat motor sanggop berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membeli helmet seperti Arai, Shoei, Bell dan lain-lain. Selain itu, mereka juga mementingkan brand dan kualiti, seperti baju berjenama dan mahal, seperti contoh Armani Exchange, Quicksilver, Ed Hardy dan lain-lain. Terdapat banyak bukti lain yang menyokong kenyataan saya bahawa mat motor bukan seleceh yang disangka hal ini kerana property yang dimiliki oleh mat motor seperti sportrim, helmet, motor, dan lain-lain barang lagi mencecah ribuan ringgit dan mat motor lagi MASYUK dari sesetengah mat kereta. Oleh demikian, pihak yang berkenaan perlu lah mendekati jiwa kami bukannya menghukum dengan fahaman bodoh mereka tentang kami dengan mengecop kami sebagai mat rempit. Macam Kerajaan lah, bukan semua pemimpin bagus, berdedikasi, berakhlak mulia, tidak mengamalkan rasuah, begitu juga kami tak perlu lah dihukum kami disebabkan oleh sesetengah individu yang melakukan jenayah menggunakan motor dan penunggang hingusan lagi bodoh yang kononnya gempak menunjukkan aksi yang macam bodoh dan meluatkan pada orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment