SPORTRIM KESUKAAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA
KAWASAKI AR 125
HARGA SEMASA RM2500+
KAWASAKI AR80
HARGA SEMASA 3000+
KAWASAKI GTO
HARGA SEMASA RM3500+ (terbaik untuk rxz)
KAWASAKI GTO CLASSIC
HARGA SEMASA RM 2500+
HONDA MBX 125
HARGA SEMASA RM1400+
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
YAMAHA RXZ UPGRADE to YAMAHA CATALYZER
Setelah sebulan saya kehilangan motor Yamaha catalyzer hitam oren saya yang di curi oleh bekas rakan saya yang durjana lagi cilaka itu, saya telah mengambil keputusan dengan membeli motor secondhand dari tangan orang dengan harga yang berpatutan. Saya telah membeli sebijik Yamaha Rxz Second yang bernombor pendaftaran WDR 738*. Saya membeli motor tersebut dari kenalan saya yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya dengan harga rm 2500. Pada mulanya saya guna motor itu, keadaan motor itu amat menyedihkan kerana barang yang terdapat pada motor itu kebanyakannya local seperti coverset, lampu depan belakang dan lain-lain. Pada awalnya, Saya memulakan transformasi dengan menukar coverset dari purple local kepada coverset rxz hijau bosh original dan beberapa eksesori lain yang local kepada original seperti lampu belakang NARONG INDUSTRI dan lampu belakang IMASEN. Setelah itu, saya melakukan lagi transformasi dengan menukarkan eksesori rxz saya yang sedia ada kepada eksesori original catalyzer seperti fork , hendal, meter, arm, eksober , dan lain-lain. Setelah motor saya lengkap dengan eksesori catalyzer, saya membeli coverset original Catalyzer yang pertama untuk motor saya (WDR 738*) dari Hong Leong, coverset bewarna meron skala. Setelah beberapa minggu saya menggunakan coverset meron skala itu, saya menjual coverset tersebut dan membeli coverset merah putih original dari rakan seperjuangan saya atas sebab bosan dan meminati coverset kaler lame. Setelah sebulan saya menggunakan set merah putih, saya menjual coverset merah putih saya dengan harga yang agak tinggi berbanding coverset merun skala dan coverset baru yang lain. Saya berbuat demikian atas sebab saya meminati coverset biru first model yang ekor belakang warna grey, coverset biru grey jarang dilihat dan limited, saya akhirnya berjaya memiliki coverset catalyzer first model biru grey dengan memujuk dan menawarkan harga yang tinggi kepada tuan punya coverset tersebut. Akhirnya saya berpuas hati dan buat masa ini coverset ini tidak akan di tukar dan memang menjadi pujaan hati saya dan beberapa rakan saya yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)