SPORTRIM KESUKAAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA
KAWASAKI AR 125
HARGA SEMASA RM2500+
KAWASAKI AR80
HARGA SEMASA 3000+
KAWASAKI GTO
HARGA SEMASA RM3500+ (terbaik untuk rxz)
KAWASAKI GTO CLASSIC
HARGA SEMASA RM 2500+
HONDA MBX 125
HARGA SEMASA RM1400+
Pages
▼
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
YAMAHA RXZ UPGRADE to YAMAHA CATALYZER
Setelah sebulan saya kehilangan motor Yamaha catalyzer hitam oren saya yang di curi oleh bekas rakan saya yang durjana lagi cilaka itu, saya telah mengambil keputusan dengan membeli motor secondhand dari tangan orang dengan harga yang berpatutan. Saya telah membeli sebijik Yamaha Rxz Second yang bernombor pendaftaran WDR 738*. Saya membeli motor tersebut dari kenalan saya yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya dengan harga rm 2500. Pada mulanya saya guna motor itu, keadaan motor itu amat menyedihkan kerana barang yang terdapat pada motor itu kebanyakannya local seperti coverset, lampu depan belakang dan lain-lain. Pada awalnya, Saya memulakan transformasi dengan menukar coverset dari purple local kepada coverset rxz hijau bosh original dan beberapa eksesori lain yang local kepada original seperti lampu belakang NARONG INDUSTRI dan lampu belakang IMASEN. Setelah itu, saya melakukan lagi transformasi dengan menukarkan eksesori rxz saya yang sedia ada kepada eksesori original catalyzer seperti fork , hendal, meter, arm, eksober , dan lain-lain. Setelah motor saya lengkap dengan eksesori catalyzer, saya membeli coverset original Catalyzer yang pertama untuk motor saya (WDR 738*) dari Hong Leong, coverset bewarna meron skala. Setelah beberapa minggu saya menggunakan coverset meron skala itu, saya menjual coverset tersebut dan membeli coverset merah putih original dari rakan seperjuangan saya atas sebab bosan dan meminati coverset kaler lame. Setelah sebulan saya menggunakan set merah putih, saya menjual coverset merah putih saya dengan harga yang agak tinggi berbanding coverset merun skala dan coverset baru yang lain. Saya berbuat demikian atas sebab saya meminati coverset biru first model yang ekor belakang warna grey, coverset biru grey jarang dilihat dan limited, saya akhirnya berjaya memiliki coverset catalyzer first model biru grey dengan memujuk dan menawarkan harga yang tinggi kepada tuan punya coverset tersebut. Akhirnya saya berpuas hati dan buat masa ini coverset ini tidak akan di tukar dan memang menjadi pujaan hati saya dan beberapa rakan saya yang lain.
Tuesday, November 30, 2010
RXZ CATALYZER ITAM OREN
EVISU
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvdnU7ktkKLiecinzdA8VdLh7C9bilPnrDjUV_z_2vTNuUrBERXpJaIMVZqFAa-Ogv36FFvZwXEoRc5Mz8ZXn_2JOf6iQWa1st8JKnIiTQpDV2Owppt5BiZVXZwSmVWiKXjQcTdCZtk_X3/s200/Evisu_jeans_jeans_wholesell.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3soku93Sjo-_zMhdHXEuzdrvcYSnpC8OjcsItnP_oXdXoi8kcok5RMevwbq32D_-tPUpn5UosxglUq8ivoeiQSUJAA3H9i9cWke61i-RJ8k6Jgmuhf7zxAGg34arqkZwDjFkqZfKCRbfr/s200/evisu-jeans-022.jpg)
Monday, November 29, 2010
MAT REMPIT???
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1B1O87SaXDzUS8WfnH70s_zLkzm140mrOhDRGXJqWAe1Rvu1b0plT6c-Q6Q1t0VGNG0rOpd8XtVx_1uf5X3I-9o6dh1M2M47fP9-5lxZ1o3oPBHrv7wk9ANOgW5lvDoGYVmQtnu2LgiOu/s320/dataran+atas.jpg)
Sejarah Rayban (BAUSH DAN LOMB) B&L
- Ray Ban dicipta pada tahun 1937 oleh syarikat Baush and Lomb.
- Keluaran Ray ban yang menjadi idaman dan kegilaan Malaya ialah Ray Ban keluaran syarikat bausch and lomb yang bertempat di USA. (sekarang punya Made in Italy)
- Bausch and Lomb adalah company pertama yang mendapat tender untuk bekalkan sunglasses kepada pilot kapal terbang di USA masa perang dunia kedua...
- Selepas tu cermin mata ray ban menjadi benda yang perlu ada pada semua pilot.
- General Macathur antara individu yang menaikkan Ray Ban. Kerana beliau merupakan seorang general askar yang terkenal dan sentiasa memakai ray ban ketika perang. Beliau menjadi ikon pemakaian Ray Ban kepada askar pada zaman itu.
- Selepas berlakunya perang, Ray Ban tidak di lupakan kerana ianya dah jadi ikon sukan olimpik,artis pun ada yang memakai ray ban, maka, style juga semakin banyak muncul di mana-mana sahaja.
- Sempena ulang tahun ke 50 Ray Ban keluaran Rayban General 50 1937-1987
- Lens paling dikegemari rakyat malaysia ialah Diamond Hard...polycarbonate lens pada Ray Ban Wings...frame paling digemari sejak 1970 Ray Ban Wayfarer...olimpik musim sejuk Ray Ban Cats 5000....lens untuk memburu dalam hutan Ambermatic.
- Ray Ban mempunyai banyak koleksi dan telah melakukan banyak revolusi dengan mengeluarkan banyak model cermin mata. Antaranya ialah Shooter, Sharp Shooter, Wing, Daimond Hard, Cromax dan lain-lain.
- Ray Ban keluaran Baush and Lomb USA mempunyai BL dibingkai dan cermin berbanding keluaran Rayban Italy mempunyai RB di bingkai dan cermin. seperti contoh diatas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjI5EX6UT7j8VMWY5NKquF-Ig1fC5TdaigeEH9_cW-xkWmd_jr7KW_1lPby_RW9rX8w_lAW6n3SEAd06jXCzT70-nhEqCVENfMVnP4TTRzutl61dc9R_1phWT7WYdKPWMq_RKf59IDkRCHn/s200/general.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj800Ksum-nf_1wN-74kfeyV7glBJSgkM0ZMTTGAw_GsD8YroC_Ynxj3kqxCKdeJsJQ1flVCW_o4pM39WarMM4vlwvnHfez2osorJn5eJ05trPPsmA1puQpDfh-VSmCjqnoTFNN1WS1flg9/s200/lukisan.jpg)